Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Kabinet supaya mewujudkan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyelewengan berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).<br /><br />Bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan menegaskan, skandal yang melibatkan kerugian sebanyak RM9 bilion itu bukan sahaja merencatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), malah ia menjejaskan imej kerajaan.
